PRETORIA - AFRIKA SELATAN. Peguam cuba membuktikan dan menentukan sama ada atlet paralimpik, Oscar Pistorius membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp dengan sengaja atau tidak.
Saksi pertama, jiran Pistorius berkata dia mendengar jeritan daripada rumah itu sebelum kendengaran bunyi tembakan.
"Bunyi jeritan itu tak seperti orang bergaduh tapi lebih kepada orang panik dan cemas akibat diserang," kata Charl Johnson.
Isnin lalu, Pistorius mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dan menyebut kematian Steenkamp sebagai tragis kerana menyangka teman wanitanya itu pencuri.
Steenkamp, bekas model FHM ditembak di kepala dan lengan di rumah Pistarius di Silverwoods Country Estate, tahun lalu.
Beberapa media menyebut, Steenkamp cuba memberi kejutan kepada Pistarius sempena sambutan Hari Kekasih tetapi Pistarius menyangka kekasihnya itu pencuri.
No comments:
Post a Comment