KUCHING: Seorang gadis berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah dan terputus tangan kanan manakala tiga lagi rakan lelakinya hanya cedera ringan selepas terlibat dalam satu kemalangan di jejambat Simpang Tiga, di sini semalam.
Kejadian berlaku pada sekitar jam 12.30 tengah hari itu berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu salah seorang rakan mangsa hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di tengah jalan.
Mangsa yang dikatakan duduk di kerusi penumpang belakang kemudian dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.
Kumpulan berkenaan datang dari Sibu dan baharu sahaja tiba di bandar raya ini kelmarin (Sabtu).
Semasa kejadian, keempat-empat mereka dikatakan sedang menuju ke bandar untuk makan tengah hari.
Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk bantuan kecemasan sementara siasatan dijalankan oleh anggota polis trafik.
- The Borneo Post
No comments:
Post a Comment