KUALA LUMPUR: Tawaran tempat duduk percuma AirAsia kembali lagi dengan lebih daripada setengah juta tempat duduk percuma ditawarkan, bersama 1.8 juta tempat duduk promosi tambang rendah bagi penerbangan AirAsia yang terpilih.
Promosi tersebut menawarkan tambang dari serendah RM0, tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan lain-lain fi, boleh didapati untuk tempahan dari 24 Feb hingga 2 Mac 2014, untuk tempoh perjalanan dari 1 Okt 2014 hingga 30 April 2015.
Dalam satu kenyataan di sini, AirAsia berkata tempahan promosi berkenaan boleh dibuat di www.airasia.com, termasuk aplikasi mudah alih AirAsia yang boleh didapati untuk iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan platform Windows Phone.
Pelbagai penerbangan ke destinasi domestik ditawarkan dalam promosi ini seperti ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu, Kuching, Miri, Sibu dan banyak lagi.
Destinasi antarabangsa yang ditawarkan dalam kempen ini termasuk Singapura, Jakarta, Bandung, Medan, Bali, Bangkok, Hat Yai, Surat Thani, Ho Chi Minh City, Phnom Penh and lain-lain, melalui lima hab penerbangan AirAsia di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
Bernama
No comments:
Post a Comment