Antara foto cabaran #kyliejennerchallenge
SATU trend terbaru internet yang dimulakan oleh hashtag #kyliejennerchallenge menyaksikan ramai remaja melakukan eksperimen membesarkan bibir mereka.
Trend yang semakin menular di Facebook dan Twitter tersebut memerlukan 'penyahut cabaran' menekup cawan di bibir mereka dan menyedut sehingga bibir mereka menjadi besar.
Tinjauan Sinar Online mendapati ramai remaja perempuan dan lelaki berkongsi 'hasil cabaran' mereka di laman internet.
Tindakan mereka itu bagaimanapun menerima kutukan pelayar alam maya yang menyifatkan ia perbuatan menjijikkan.
"Hentikan cabaran Kylie Jenner tersebut. Ia sangat menjijikkan!," kata seorang pelayar di laman Twitter.
"Mereka tak sedar mereka memecahkan salur darah (di dalam bibir)," kata Jennifer di laman Facebook.
Kesudahannya, cabaran tersebut menyusahkan diri mereka sendiri. Terdapat segelintir pelayar yang melakukan aksi tersebut mula risau selepas bengkak di bibir mereka tidak surut walaupun sudah memakan masa lebih dari seminggu.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment