Sheila Majid
SEMPENA Hari Suara Sedunia 2015 yang berlangsung 16 April lalu, Stepsils melancarkan pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan, The Right Note.
Dipimpin duta Strepsils dan Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid, peserta bakal merebut hadiah bernilai lebih RM30,000.
Ganjaran tersebut termasuk hadiah wang tunai sehingga RM14,000, baucar Red Box RM6,200 dan residensi tiga bulan bersama bar muzik live popular, The Timbre Group.
Menurut Pengurus Besar RB Malaysia dan Singapura, Hina Nagarajan, kemeriahan pelancaran pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan yang diinspirasikan daripada Hari Suara Sedunia pasti menepati jangkaan peserta dan penonton The Right Note yang bakal menjadi antara acara paling menghiburkan dalam industri muzik tanah air.
“Kami teruja penganjuran kedua The Right Note yang dijangka lebih hebat memandangkan masih terdapat banyak bakat terpendam untuk digilap.
"Kami akan terus bangunkan kempen The Right Note sejajar sambutan Hari Suara Sedunia dan memberikan rakyat Malaysia platform peluang dalam kerjaya muzik.
"Dengan penekanan tambahan kemahiran persembahan vokal, peserta mesti pastikan tekak dalam keadaan baik,” ujarnya.
Dalam pada itu, bagi Sheila pula, sebagai seorang penyanyi, dia juga mengutamakan kepentingan penjagaan kualiti suara yang sihat.
"Menyanyi merupakan medium komunikasi dalam kehidupan seharian saya dan tidak dapat membayangkan jika ia gagal berfungsi dengan baik.
Saya berterima kasih dapat menjadi sebahagian daripada Stepsils The Right Note bagi meraikan mereka yang dianugerahkan vokal memukau dan menyokong kepentingan tekak yang sihat.
"Selain itu, saya juga berharap dapat cungkil lebih ramai bakat muda," katanya.
Menerima 500 penyertaan dan 50,000 tontonan video peserta dalam tempoh sebulan, pelancaran rasmi pertandingan nyanyian The Right Note pada 2014 meraih sambutan menggalakkan.
Bagi menyertai pertandingan nyanyian The Right Note, peserta perlu merakam dan memuat naik video penyertaan ke http:// strepsils.com.my/therightnote/ antara 16 April hingga 28 Mei 2015 bagi merebut tempat dalam kelompok lima terbaik.
Diadili menerusi gabungan undian daripada juri profesional dan orang awam, lima peserta terbaik berentap di peringkat akhir yang setiap satu diumum pada 13 Jun 2015 di lokasi yang akan ditetapkan.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment