Persoalan yang ditanya oleh warga media social ketika ini: Manakah barisan pemain pelapis negara?
KUALA LUMPUR: Warga media sosial menyambut baik kepulangan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei ke gelanggang namun ramai tertanya-tanya tentang perancangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam melahirkan lebih ramai pemain badminton negara yang hebat.
Ini kerana tiada pemain yang betul-betul menyerlah sewaktu Chong Wei digantung sejak tahun lepas.
Dalam tempoh itu, kedudukan Chong Wei turun dari ranking pertama ke tangga 30.
Persoalan yang ditanya oleh warga media social ketika ini: Manakah barisan pemain pelapis?
Untuk ahli sukan, lingkungan 30-an merupakan usia kemuncak bagi seseorang atlet dari segi stamina dan tenaga. Chong Wei juga kini berusia 32 tahun.
Pengguna Twitter, @fazirulsafwan, bertanya siapakah yang dapat mengganti Chong Wei setelah beliau bersara kelak.
Pandangan ini turut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Shazzaqie yang mahukan BAM untuk ‘buka ‘mata’ kerana ranking semakin jatuh.
Pengguna akaun @amr_hmzhrfk mencadangkan agar Chong Wei mempunyai protégé untuk ikut sama di pertandingan, sama seperti jaguh badminton dari China, Lin Dan.
Chong Wei telah digantung lapan bulan ekoran penggunan dadah terlarang.
Namun demikian, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Chong Wei boleh menyertai pertandingan mulai 1 Mei kerana tarikh pengantungan itu bermula dari 30 Ogos, tahun lepas.
Keputusan ini bermakna Chong Wei dibenarkan bertanding di dalam Piala Sudirman di Dongguan dari Mei 10 ke 17, Sukan SEA Singapura pada Jun dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada Ogos.
Khairy merupakan antara yang awal untuk mengucapkan selamat kembali buat jaguh badminton Negara itu.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment