Tuesday, 17 February 2015

Sengaja atau tidak sengaja?

Wayne Rooney mengambil tendangan penalti menentang Preston pagi tadi. Gambar - AP.

Perdebatan hangat di media sosial, adakah pemain Manchester United, Wayne Rooney sengaja menjatuhkan badan untuk mendapatkan tendangan penalti.

Ada yang berasa Rooney sengaja menjatuhkan badan manakala ada yang menyatakan dia jatuh kerana cuba mengelak terjahan penjaga gol Preston North End.

Antara yang mempertahankan tindakan Rooney adalah pengurus England, Roy Hodgson yang berasa Rooney bukan menjatuhkan badan dengan sengaja.

Begitu juga pengurus Preston, Simon Grayson yang berpendapat Rooney cuba mengelak daripada terjahan penjaga golnya.

Bagaimanapun kedua-duanya mengaku terjahan Thorsten Stuckmann itu tidak mengenai kaki Rooney.

Ramai yang berasa Rooney jatuh kerana hilang imbangan akibat terjahan itu.

Video menunjukkan Rooney sudah melompat untuk mengelak terjahan itu sebelum terjatuh.

Bagi peminat bola sepak, realitinya Rooney menjatuhkan badan bukan untuk mengelak terjahan Stuckmann tetapi untuk mendapatkan penalti.

Tambahnya lagi, selepas ini ramai yang akan cuba mengelak terjahan daripada pihak lawan untuk mendapatkan faul semata-mata niat daripada terjahan yang dibuat terhadapnya.

Guy Mowbray pula berkongsi peraturan permainan yang menunjukkan Rooney berhak untuk mendapatkan penalti itu.

Dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA pagi tadi, Manchester United menewaskan pasukan bawahan Preston North End 3-1 untuk bertemu dengan Arsenal di suku akhir. Gol hasil tendangan penalti Rooney merupakan gol yang ketiga United dalam perlawanan itu.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment