Mejar Zaidi akan memfailkan semakan kehakiman yang baru untuk mencabar pemecatan beliau oleh panel hakim mahkamah tentera.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak semakan kehakiman Mejar Zaidi Ahmad yang memohon perisytiharaan membubarkan panel mahkamah tentera kerana mendakwa ia berat sebelah.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad berkata kes berkenaan hanya bersifat akademik sekarang ini.
Peguam Zaidi, Azahana Mohd Khairudin berkata anak guamnya akan memfailkan semakan kehakiman yang baru untuk mencabar pemecatan beliau oleh panel hakim mahkamah tentera.
Pada 12 Januari lalu, Zaidi Ahmad telah dijatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong serta-merta selepas didapati bersalah di atas dua dakwaan melanggar protokol mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13, Mei 2013.
Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota yang terdiri daripada Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment