Monday, 21 July 2014

Sky News minta maaf, wartawan selongkar beg penumpang


Dalam satu siaran berita, wartawan Colin Brazier dilihat membelek-belek barangan peribadi dalam sebuah beg yang terbuka - Gambar Fail

Stesen penyiaran berita Britain, Sky News memohon maaf selepas seorang wartawannya menyelongkar beg penumpang pesawat penerbangan MH17 di lokasi nahas semasa siaran langsung pada Ahad.

Dalam satu siaran berita, wartawan Colin Brazier dilihat membelek-belek barangan peribadi dalam sebuah beg yang terbuka. Dia kemudian memungut sejambak kunci sebelum kemudiannya berkata: "Kita tidak sepatutnya berbuat macam ini".

Visual itu membangkitkan kemarahan banyak orang di jaringan media sosial. Ada yang malah menggesa agar Brazier dipecat.


Sky News kemudian mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf termasuk bagi pihak Brazier.

Beberapa pihak sebelum ini menggesa kumpulan pemisah yang menguasai lokasi nahas supaya menghormati mayat 298 penumpang dan anak kapal.

Gesaan itu dibuat ketika ada laporan bahawa lokasi kejadian itu dicerobohi oleh pihak yang tidak berkenaan yang mencuri barangan milik mangsa serta mengganggu siasatan. - Agensi

No comments:

Post a Comment