Monday, 21 July 2014

Klon iPhone 6 hadir di China sebelum pengumuman Apple




APPLE dijangka mengumumkan telefon pintar generasi baharu mereka dalam beberapa bulan lagi, dan menariknya, jauh sebelum pihak Apple mengumumkannya secara rasmi, iPhone 6 versi klon sudah boleh didapati di China.

Peranti klon iPhone 6 ini hadir menyerupai beberapa reka bentuk yang tertiris sebelum ini di samping turut membawakan sistem operasi yang menyerupai iOS baharu.

Bercakap mengenai iPhone generasi baharu, Apple dikatakan akan hadir dengan dua variasi, iaitu satu yang bersaiz 4.7-inci, dan juga satu lagi bersaiz 5.5-inci. Kedua-duanya bakal menggunakan cip pemprosesan Apple terbaharu, di samping turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti lebih besar berbanding sebelumnya.

No comments:

Post a Comment