Norshal Nordin memeluk cucunya Ammar sejurus tiba - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Empat beradik yang ibu bapa mereka masih di tahan di Sweden selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu jam 8.10 malam tadi.
Keempat-empat beradik berkenaan disambut dengan linangan air mata oleh ahli keluarga mereka, termasuk datuk mereka, Norshal Nordin.
Mereka akan tinggal di kediaman ibu saudara mereka di Melor, Kota Bharu dengan pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sementara itu, ibu saudara mereka, Sharlina Norshal terharu dengan keprihatinan semua pihak membantu sehingga kesemua anak saudaranya selamat tiba di Kelantan.
"Terima kasih banyak-banyak bagi pihak keluarga kami sangat gembira kembalinya mereka kepada kami semua terima kasih. (Apa perancangan seterusnya?) Itu kami tak pasti kami kena berbincang adik beradik dulu."
Beliau menjelaskan akan berbincang dengan semua ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan berhubung tempat sekolah 4 beradik berkenaan.
Keempat-empat beradik berkenaan empat beradik itu, Aishah, 14; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7 tiba di Kuala Lumpur pagi tadi.
Pihak pendakwaan pada minggu lalu memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman terhadap ibu bapa mereka Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal selama 11 hari iaitu sehingga 10 Febuari ini bagi membantu siasatan memukul tangan anak lelaki mereka yang tidak solat.
Tahanan reman Azizul dan Shalwati sebelum ini telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak ditahan dan Sweden tidak mempunyai had penahanan reman. - ASTRO Awani
No comments:
Post a Comment