Sunday, 2 February 2014

Kawalan ketat di hari pengundian pilihan raya Thailand

Yingluck membuang undi di Bangkok awal pagi Ahad - Foto AP


BANGKOK: Pilihan raya Thailand berlangsung hari ini di tengah-tengah bantahan besar-besaran oleh kumpulan pembangkang.

Antara yang awal keluar mengundi, Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang mengundi di Bangkok di sebalik kawalan ketat pasukan keselamatan.

Yingluck berharap, pilihan raya umum kali ini akan mengukuhkan lagi mandat beliau beliau berbanding keputusan pilihan raya umum 2011.

Sementara itu pihak polis Thailand meneruskan siasatan serta mengumpul bukti bagi menyiasat insiden tembakan di pinggir bandaraya itu pada Sabtu.

Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya 7 cedera terkena tembakan.

Dalam pada itu, pasukan keselamatan meningkatkan kawalan di semua pusat pengundian di Bangkok sebagai persediaan pilihan raya hujung minggu ini.

Ribuan anggota polis tambahan di hantar ke Bangkok bagi mengawal beberapa kepentingan strategik termasuk kelab polis yang menjadi kediaman pentadbir pengisytiharan darurat.

Bagaimanapun masih ramai meramalkan kepincangan dalam pilihan raya dengan keputusan penuh mungkin mengambil tempoh beberapa bulan.


- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment