Tahniah diucapkan buat vokalis kumpulan Kristal, Lan yang akan menimang cahaya mata lelaki pada bulan Julai ini. Isteri Lan, Shila telah disahkan mengandung dan usia kandungannya itu sudah mencecah hampir lima bulan.
Sebelum ini, mereka sudah pun mengetahui tentang berita tersebut tetapi belum bersedia untuk berkongsi tentangnya dengan umum.
"Sebelum ini, hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang tahu tentang perkara ini. Tetapi selepas doktor mengesahkan jantinanya lelaki, barulah kami rasa selesa untuk berkongsi. Lan juga hampir melompat di dalam bilik doktor sebaik sahaja mendapat tahu anak yang bakal dilahirkan ini lelaki.
"Tetapi mengandung kali ini, saya mengalami alahan yang cukup teruk. Saya sentiasa muntah setiap kali makan dan tidak boleh memakai sebarang alat solek selain tidak boleh menghidu apa jua jenis pewangi atau pun pembersih rumah. Apa pun, kini Lan sedang gigih mencari nama anak lelaki yang ada empat huruf," kata isteri Lan, Shila ketika dihubungi MH Online pagi tadi.
Untuk makluman, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang masing-masing berusia tiga tahun lebih dan setahun lebih.
Sumber: MH Online
No comments:
Post a Comment