Monday, 11 May 2015

Pramugara strok, pesawat mendarat cemas

Cathay Pacific

SINGAPURA - Seorang pramugara kini dalam keadaan kritikal selepas diserang strok dalam penerbangan dari Hong Kong ke Frankfurt, 7 Mei lepas.

Menurut Strats Times, Vincent Chee yang berusia lingkungan 40-an sedang bertugas dalam penerbangan CX289 milik Cathay Pacific ketika kejadian.

Pesawat kemudian membuat pendaratan cemas di Urumqi, Xinjiang di China dan Chee dibawa ke hospital.

Penerbangan diteruskan selepas tergendala selama empat jam.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment