Sunday, 3 May 2015

Pekerja ada hak bersuara di himpunan #batalGST

  • GST: OKU ugut mogok lapar jika tidak mansuh
  • Ribuan membanjiri di hadapan Menara Kembar KLCC pada Himpunan 1 Mei Batal GST di Kuala Lumpur. 

SHAH ALAM – Setiap pekerja swasta mahupun kerajaan mempunyai hak masing-masing untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Mohd Nasir Hashim berkata, ia merupakan hak setiap individu; seiring dengan prinsip negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Jelasnya lagi, himpunan #batalGST yang diadakan ibu kota semalam adalah salah satu cara bagi rakyat meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sudahpun sebulan dilaksanakan kerajaan.

“Kita sertai Hari Pekerja bagi peringkat dunia semalam. Seperti tahun sebelumnya, kita adakan himpunan sempena Hari Pekerja. Biasanya himpunan diadakan bagi hal-hal yang berkait rapat dengan rakyat khususnya pekerja.

“Himpunan semalam diadakan hanya untuk memberi peluang kepada pekerja menyuarakan isu yang mereka tidak puas hati. Seperti biasa juga, himpunan kebiasaannya berjalan dengan lancar pada permulaan, namun di hujung hari pasti akan ada tangkapan dibuat,” katanya ketika ditemui di hadapan Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang, Kuala Lumpur hari ini.

Beberapa pemimpin himpunan #batalGST, AJK Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang, di sini tepat jam 11.40 pagi tadi.

Bagaimanapun, kesemua pemimpin yang ditahan dibebaskan semula kira-kira jam 2.30 petang, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Nasir turut mempertikai peranan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara.

“Bila adik beliau ada masalah, tiada tindakan diambil. Bila pemimpin BN buat kenyataan provokasi, tiada tindakan diambil. Kita anggap ia satu kekejaman yang berlaku terhadap pemimpin kita,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment