Nur Fitri Azmeer dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR - Mara menamatkan pinjaman pelajaran bagi Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, dengan serta-merta setelah disabitkan bersalah oleh mahkamah di London pada 30 April lepas, memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Mara Rohayah Mohd Zain dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang berat kesalahan dilakukan oleh mana-mana pelajar di bawah tajaan organisasi itu.
"Mara menggantung pinjaman pelajaran beliau (Nur Fitri Azmeer) sejak ditahan reman pada November lepas atas pertuduhan itu.
"Bagaimanapun setelah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman, pinjaman tersebut ditamatkan serta-merta dan beliau dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan," kata Rohayah.
Berdasarkan laporan portal United Kingdom International Business Times, Nur Fitri Azmeer, dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown, London setelah disabit dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak.
Nur Fitri Azmeer mengaku melakukan kesalahan tersebut.
Menurut portal itu, Nur Fitri Azmeer akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja selesai menjalani hukuman penjara.
- Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment