Sunday, 3 May 2015

Akhirnya Muhammad Firaz pergi jua...

Laporan Sinar Harian pada 2 April lalu mengenai kisah penderitaan Muhammad Firaz yang menghidap penyakit kulit kronik.

PUCHONG - Bayi berusia enam bulan yang sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit kulit kronik, Muhammad Firaz Zayyan Mohd Shafie meninggal dunia akibat radang paru-paru malam kelmarin.

Ibu Allahyarham, Mastura Khalil, 30, berkata, Muhammad Firaz tidak sedarkan diri kira-kira jam 8 malam sebelum dia dan suami membawa anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia akibat radang paru-paru.

Anak bongsu daripada dua beradik itu menghidap penyakit kulit selepas seminggu dilahirkan, pernah dua kali dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana turut menghadapi masalah pernafasan sebelum ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21, pagi semalam.

- Sumber: Sinar Harian, 2 Mei 2015

No comments:

Post a Comment