Saturday, 23 May 2015

Kak Nita sihat - Noorkumalasari

KASIH Noorkumalasari dan Anita Sarawak tetap utuh biar berjauhan. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Anita Sarawak dalam keadaan sihat. Perkara itu dimaklumkan adiknya, Noorkumalasari kepada BH Online menerusi aplikasi WhatsApp. 

Sebelum ini di portal Singapura, The New Paper, Noorkumalasari memberitahu kali terakhir dia berhubung dengan penyanyi lagu Seksis itu sekitar Mac lalu namun panggilan itu tidak berjawab. 

Kata Noorkumalasari lagi, Anita tidak pernah lupa menghubunginya hampir setiap April untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Berbeza kali ini, Noorkumalasari tidak menerima panggilan yang lazim dilakukan kakaknya itu.

"Alhamdulillah semuanya okey. Kak Nita pun sihat. Kak Nita ada menghubungi adik saya pada 19 Mei lalu untuk mengucapkan hari lahir kepadanya," ungkap Noorkumalasari.

Ketika ini juga usaha menjejaki dan menghubungi Anita atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib belum berpenghujung. 

Anita mengejutkan ramai pihak kerana dikatakan terus menghilangkan diri sejak 2013. 

Ada yang mengatakan kononnya Anita sudah bercerai dengan suaminya, Mohamad Mahathir Abdullah. Lantaran itu, Anita dikatakan membawa diri ke Las Vegas, Amerika Syarikat dan bertudung.

- Sumber: BH online 

No comments:

Post a Comment