Saturday, 23 May 2015

1MDB: "Mungkin 'jin' larikan wang negara"

Artikel itu ditulis oleh penulis yang menamakan dirinya sebagai Pedang di portal Islam dan Melayu (Iismaweb.net).

KUALA LUMPUR: Kehilangan wang-wang negara yang menjadi topik utama di dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini berkemungkinan disebabkan oleh jin.

Itu sindiran yang dimuatnaik oleh penulis yang menamakan dirinya sebagai Pedang di portal Islam dan Melayu (Iismaweb.net) di artikel bertajuk "Mungkin 'jin' larikan wang negara".

Dalam artikel tersebut, penulis berkata bahawa kewujudan jin sememangnya telah dinyatakan Allah SWT dalam ayat 11 Surah Al-Jin.

“Di kalangan jin, ada yang beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW. Ada juga jin yang tidak beriman.

“Keputusan-keputusan yang dibuat secara sulit oleh pihak tertentu dalam menggunakan dana awam dan wang rakyat mungkin juga akibat pengaruh jin, terutama jin kafir yang sememangnya tidak senang dengan perkembangan dan pengaruh Islam di Malaysia,” kata Pedang.

Katanya, kadang kala ‘jin’ dan manusia mengadakan pakatan jahat untuk menipu manusia supaya terjebak ke dalam dosa.

“Sebenarnya, jin yang kita tidak nampak dengan mata kasar ini bijak dalam hal-hal ekonomi dan politik. Oleh itu, beringatlah terhadap pengaruh jin ini.

“Kita bimbang, kehilangan atau lesapnya wang-wang negara selama ini adalah angkara jin- jin ini,” sindir Pedang. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment