Saturday, 23 May 2015

Jurutera bunuh diri kerana percaya dirinya punca nahas AirAsia

Jones menjadi obses dan percaya kesilapan dirinya menyebabkan pesawat berkenaan terhempas.

Seorang jurutera pesawat di Britain bertindak membunuh sendiri kerana percaya dirinya merupakan penyebab berlakunya nahas pesawat AirAsia QZ8501, 28 Disember tahun lalu.

Hal tersebut didedahkan isteri Jones, Louise, yang menemui suaminya tergantung di rumah mereka di daerah Saltney, Januari lalu.

Jones turut meninggalkan sekeping nota yang menyatakan sebab mengapa dia berbuat demikian.

Jones merupakan jurutera sebuah syarikat di Flintstone dan sebelum itu mengendalikan projek Airbus 320; jenis pesawat yang sama dengan pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa.

Sejak itu, kata Louise, suaminya itu menjadi obses dan percaya kesilapan dirinya menyebabkan pesawat berkenaan terhempas dan mengorbankan ratusan nyawa.

Louise cuba membawa Jones bertemu pakar kaunseling dan psikiatri, namun semuanya tidak berhasil. Pujukan rakan-rakan yang cuba meyakinkannya bahawa apa yang terjadi bukan kerana kesilapannya, turut tidak berkesan.

Ironinya, Jones berjaya memujuk seorang rakannya yang mengalami tekanan agar tidak membunuh diri tahun lalu. 

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment