Laman sosial Facebook 'Ustaz Ridzuan Hashim Official' turut menafikan penyebaran berita palsu mengenai status kesihatan Ridzuan. - Foto Facebook Ustaz Ridzuan Hashim Official
KUALA TERENGGANU: Berita yang tersebar di laman sosial berhubung kematian Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Telok Pasu daripada PAS, Ridzuan Hashim, hari ini adalah palsu.
Pembantu peribadi Ridzuan, Mohd Hanafiah Abu Bakar ketika dihubungi memaklumkan bahawa Ridzuan dilaporkan stabil dan ditahan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini sejak petang semalam setelah disyaki menghidap demam denggi.
Menurutnya anggota keluarga Ridzuan turut kesal dengan penyebaran berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan sekeping foto Ridzuan ketika menerima rawatan di HSNZ dan menyebarkan berita kononnya Adun itu meninggal dunia pada pukul 2.45 petang ini.
Laman sosial Facebook 'Ustaz Ridzuan Hashim Official' turut menafikan penyebaran berita palsu mengenai status kesihatan Ridzuan.
- Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment