Thursday, 16 April 2015

KPDNKK 'sapu' semua kedai macam tsunami


PUTRAJAYA - Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terhadap operasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)‎ 'menyapu' semua kedai tanpa mengira jenis perniagaan.

‎Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, operasi yang dijalankan agak rumit kerana ia melibatkan banyak pihak.

"Kita buat (operasi) semua (kedai). Maknanya, laluan kita macam tsunami. Sapu semua. Tidak ada tanda harga, penimbang itu kalau tidak ada nombor kita pun, kita ambil tindakan. Sebab itu saya kata, kita sapu semua.

"Kalau dengan Kastam sangat mudah. Tak ada nombor pendaftaran GST, Kastam akan ambil tindakan. Tapi KPDNKK agak rumit. Kena kaji dari semua sumber. Kalau peniaga kata mereka mendapat harga yang tinggi dari pembekal, kami mencari pembekal. Itulah prosesnya dan seterusnya. Ia memang mengambil masa," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media harian kementerian itu di sini, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian hari ini, trend tindakan kes dan pengeluaran notis di seluruh negara sejak 1 April mencecah 240 kes dan 551 notis.

Kes pertama akan dibawa kementerian kepada Timbalan Pendakwaraya (DPP) minggu hadapan sebelum didakwa di mahkamah.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment