SEREMBAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua guru lelaki daripada pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 secara tidak sah sehingga menyebabkan pelajar tahun enam terpaksa menduduki semula peperiksaan itu tahun lalu.
Sebelum ini, berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 September 2014.
Manakala, kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September 2014 sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment