KUALA LUMPUR: British American Tobacco (BAT) Malaysia mengumumkan penurunan semula harga rokok keluaran syarikat itu mengikut senarai harga sebelum 1 April lalu.
Pengarah Urusan, Stefano Clini, berkata harga rokok sebelum ini terpaksa dinaikkan sebanyak 50 sen berikutan kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Bagaimanapun, katanya, BAT Malaysia mengambil keputusan menurunkan kembali harga rokok, berkuat kuasa hari ini berikutan persaingan pasaran.
"BAT akan tetap menghasilkan produk berkualiti tinggi untuk pengguna tanpa mengira cabaran yang terpaksa dihadapi pada masa depan.
"Kami juga ingin meminta maaf kepada rakan niaga dan pengguna yang berdepan masalah teknikal susulan penurunan harga rokok ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Harga baharu rokok Dunhill, Kent dan Benson & Hedges, masing-masing RM13.50, manakala Peter Stuyvesant serta Pall Mall (RM12) dan Lucky Strike Plain, RM14.
- Sumber: BH Online
No comments:
Post a Comment