Monday, 2 March 2015

Jepun perlu minta maaf

Park Geun-Hye (tengah) menghadiri ulang tahun memperingati penentangan tentera Jepun kali ke-96 di Seoul, semalam. - Foto AFP

SEOUL - KOREA SELATAN. Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye mengulangi gesaannya supaya para pemimpin Jepun mengemukakan permohonan maaf kepada wanita yang pernah dijadikan hamba seks oleh tenteranya.

Menurut sejarah, kira-kira 200,000 wanita dari Korea Selatan, China, Indonesia serta beberapa negara Asia lain dijadikan pemuas nafsu tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Menurut CNA, isu tersebut mengeruhkan lagi hubungan Seoul-Tokyo yang sememangnya renggang sejak beberapa bulan lalu.

Ia ditambah pula dengan beberapa kempen di Jepun yang mendakwa kesemua wanita terbabit adalah pelacur biasa.

"Hanya tinggal 53 mangsa yang masih hidup di Korea Selatan dan kesemua purata usia mereka adalah 90 tahun.

"Masa semakin suntuk untuk mengembalikan maruah mereka," katanya semasa ulang tahun memperingati Penentangan Jepun 1919 di ibu negara, semalam.

Kesemua hamba seks terbabit tidak mendapat pembelaan sewajarnya biarpun desakan berulang kali dibuat selepas perang berakhir.

Pada 1993, Jepun mengeluarkan permohonan maaf dengan membina tugu peringatan di Kono.

Namun Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe tetap mendakwa perhambaan seks semasa perang itu dikendalikan oleh pelacur profesional.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment