Sunday, 15 February 2015

Ibu Ako Mustapha meninggal dunia

IBU kepada pelakon Muhaizad Ahmad Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ako Mustapha, meninggal dunia pada kira-kira 2.30 petang tadi, akibat penyakit jantung.

Ako Mustapha ketika dihubungi Bernama memberitahu, ibunya Norma Osman, 79, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

"Ibu berada di rumah saya sejak seminggu lalu. Sebelum ini, ibu pernah dirawat di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Allahyarham meninggalkan suami yang juga bekas Pengurus Besar Bernama, Ahmad Mustapha Md Hassan, 79, empat anak serta sembilan cucu. 

"Jenazah ibu saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh selepas Maghrib tadi," katanya. 

- Sumber: Bernama | 14 Februari 2015

No comments:

Post a Comment