Kenderaan yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Penjara Sungai Buloh.
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilayan sama seperti banduan lain di Penjara Sungai Buloh.
Sumber dalaman Penjara Sungai Buloh yang enggan namanya didedahkan berkata, Anwar hanya akan dibekalkan bantal dan tilam di dalam sel yang menempatkannya.
“Anwar akan dapat layanan sama seperti banduan yang lain. Tiada kelebihan, lantai diperbuat daripada simen, dan pintu jeriji daripada besi.
“Memang ada sel yang ada katil dan sebagainya, tetapi itu kebiasaannya diberikan kepada banduan yang sakit atau tidak sihat,” katanya semalam.
Namun, menurutnya Anwar dibenarkan untuk mendapatkan dan membaca buku jika dikehendakinya.
“Anwar juga bebas melakukan sebarang aktiviti yang dianjurkan pihak penjara seperti aktiviti keagamaan dan sebagainya,” katanya.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment