STRATEGI KEENAM: MEMBANGUN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA NEGARA
125. Bagi saya belia bukan sekadar harapan bangsa, tidak hanya setakat aset atau rakan kongsi kepada pembangunan negara, malah nilaian belia adalah lebih daripada kesemuanya itu. Bertolak daripada itu, Kerajaan prihatin kepada kehidupan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan dan memikul amanah demi kemajuan dan kemakmuran masa depan Malaysia yang kita cintai ini.
Pelan Transformasi Selia Negara
126. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan akan melancarkan Pelan Transformasi Belia Negara. Bagi menjayakan pelbagai program belia, sebanyak 320 juta ringgit diperuntukkan untuk tujuan berikut:
Pertama: Mengkaji semula Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN dan satu konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan akan diperkenalkan dalam sedikit masa lagi;
Kedua: Menambahbaik program Rakan Muda dan memperkenalkan program Kem Uniti;
Ketiga: Mengukuhkan aspek kepimpinan belia melalui pengenalan program Akademi Kepimpinan Belia untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan Selia Malaysia;
Keempat: Mempergiatkan program kesukarelawan belia melalui 1M4U dan memperkenalkan program MyCorp. Program MyCorp melibatkan belia menjalankan aktiviti sukarela kebajikan dan sosio ekonomi di peringkat antarabangsa dengan peruntukan 10 juta ringgit;
Kelima: Menggilap bakat keusahawanan di kalangan belia melalui Program MaGIC, SME Bank dan Agro Bank serta memperkenalkan Online Resource Centre dan menganjur persidangan keusahawanan sosial antarabangsa;
Keenam: Melaksanakan Program Agropreneur Muda oleh FAMA yang melibatkan 1,200 orang belia dengan sasaran pendapatan melebihi 5,000 ringgit sebulan; dan
Ketujuh: Meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Program Transformasi IKBN dan Program Coding Bootcamp serta program Projek Angkat Dan Upaya atau PADU.
Tuan Yang Dipertua,
1Malaysia Youth City
127. Kerajaan juga berhasrat supaya satu ekosistem komprehensif yang disertai belia dapat disediakan untuk meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan serta dapat menikmati kemudahan perumahan dan rekreasi. Untuk ini, Kerajaan akan mewujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme
128. Bila mengupas ehwal belia juga, pemilikan rumah merupakan satu isu besar khususnya soal harga rumah dan keboleh biayaan. Menyedari permasalahan ini, sukacita saya mengumumkan Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme secara perkongsian pintar di antara Kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas.
129. Skim ini menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak melebihi 500• ribu ringgit, kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi 10 ribu ringgit. Tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun.
130. Di bawah skim ini, sebanyak 200 ringgit sebulan diberikan oleh Kerajaan untuk tempoh 2 tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman perumahan. Pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman juga diberi.
131. Lebih menarik, Kerajaan turut menyediakan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus, bagi membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh termasuk kos insuran. Peminjam juga boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk menampung pembayaran ansuran bulanan dan kos lain yang berkaitan.
132. Oleh itu, saya menyeru golongan belia supaya merebut peluang ini yang ditawarkan secara "first come first served basis" untuk 20,000 unit rumah sahaja.
Tuan Yang Dipertua,
Blueprint Negara Bersukan atau Sporting Nation
133. Pada aspek lain, Kerajaan akan mengambil langkah bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan. Untuk ini, Kerajaan akan merealisasikan Blueprint Negara Bersukan atau Sporting Nation. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan memperuntukkan 103 juta ringgit bagi melaksanakan langkah-Iangkah berikut;
Pertama: Mempastikan kelestarian dan kesinambungan bakat sukan bermula daripada peringkat sekolah rendah melalui Program Malaysian Talent Identification. Program ini melibatkan pengujian, saringan dan pengkhususan bakat di kalangan pelajar sekolah;
Kedua: Meningkatkan mutu sukan berprestasi tinggi untuk enam bidang sukan terpilih dalam fasa pertama iaitu Bola Sepak, Berbasikal, Badminton, Sepak Takraw, Renang dan Olahraga;
Ketiga: Menyemarakkan Program FitMalaysia yang menumpukan kepada kecergasan fizikal; dan
Keempat: Menyambut Hari Sukan Negara pada hari Sabtu pertama dalam bulan November pada setiap tahun dengan penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak dl seluruh negara.
No comments:
Post a Comment