SUNGAI DUA : Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Itu yang terpaksa ditanggung Azizah Mohamad, 51, dari Kampung Telok, Sungai Dua Pulau Pinang yang sanggup mengenepikan kepetingan diri demi menjaga ibu, dua orang kakak dan seorang adiknya yang lumpuh.
Azizah yang tidak berkahwin kini menjaga ibunya, Zainab Othman, 78, dan tiga saudaranya yang lumpuh sejak kecil akibat demam panas iaitu Zaiton, 60, Habesah, 55, dan Noorlia, 47.
Dia yang sebelum ini bekerja di sebuah stesyen miyak di Sungai Dua terpaksa berhenti kerja dan mengambil alih tanggungjawab menjaga tiga saudaranya selepas ibunya terlantar dan uzur sejak setahun lalu.
Bantuan dari Kelab Bikers Butterworth itu sebagai simpati kepada nasib yang dialami oleh keluarga terbabit.
Namun penderitaan empat beranak yang terlantar sejak 50 tahun lalu akibat demam panas, mendapat perhatian kelab motosikal berkuasa tinggi, GT Roc Malaysia yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.
Jurucakap kumpulan itu, A. Rashid Ramli berkata, bantuan itu sebagai simpati kepada nasib yang dialami oleh keluarga terbabit.
Dia yang juga presiden Kelab Bikers Butterworth berkata, pihaknya terpanggil untuk memberikan sumbangan yang dikutip daripada ahli kelab.
Kelab itu memberikan sumbangan RM6,060 bagi meringankan beban empat beranak lumpuh itu. Sumbangan diserahkan oleh wakil kumpulan itu GT Roc Kuala Lumpur, Lan Jonos dan berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Tambahnya, dia amat terkesan dengan kisah Azizah yang tabah menjaga ibu, kakak dan adik yang lumpuh.
Selain bantuan dan sumbangan dari orang ramai, keluarga berkenaan mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM900 sebulan dan zakat Pulau Pinang RM500 sebulan dan juga sumbangan dari syarikat Nasmir Holdings Sdn Bhd sebanyak RM600.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment