Monday, 10 March 2014

Ringkasan hari kedua misi mencari pesawat MH370

APMM

KUALA LUMPUR: Usaha mencari dan menyelamat terus ditingkatkan bagi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang pada awal Sabtu pagi. Usaha ini juga ditingkatkan dengan kerjasama beberapa negara jiran dan juga Australia dan Amerika Syarikat.

Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 masih ingin maklumat yang kukuh.

Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini:
  • Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat. 
  • Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.
  • Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. 
  • Susulan itu, pihak berkuasa terus menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370.
  • Pada sidang media yang diadakan pada jam 8 malam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat MAS MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti.
  • Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.
  • Kawasan Anjung Tinjau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang di hadkan hanya kepada keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 semalam kini dibuka kepada orang awam.
  • Ahli keluarga penumpang MH370 lebih bersedia untuk luahkan perasaan bersama kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • Sementara itu, sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductormerupakan antara penumpang pesawat MH370
  • Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata terdapat kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu.
  • Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang melaporkan beberapa serpihan pesawat ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia.
  • Perdana Menteri Australia Tony Abott berkata Australia akan menghantar dua pesawat mencari dan menyelamat jenis P-3C Orion, Maritime Surveillance Aircraft untuk membantu operasi mencara pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.
  • Pakar anti keganasan antarabangsa, Profesor Rohan Gunaratnakebarangkalian MH370 dirampas pengganas amat rendah.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat MH370.
  • Pasukan penyelamat Amerika Syarikat berkata objek mencurigakan yang dikenalpasti terapung di pulau Tho Chu tidak ada kena mengena dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Sumber: ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment