Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman - Foto Bernama
SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bakal berbincang dengan pihak penyiasat berhubung permintaan untuk mendedahkan identiti dua penumpang misteri MH370 yang menggunakan pasport curi warga Itali dan Austria.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, perkara itu perlu dibincangkan dengan pihak terlibat dalam menyiasat perkara itu.
"Saya perlu bincang dengan pegawai penyiasat dan agensi lain yang relevan," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan pihaknya mendedahkan identiti dua penumpang misteri itu bagi mendapatkan bantuan orang awam.
Sebelum itu, pada sidang media sama, beliau menolak untuk mendedahkan terlalu banyak maklumat berkenaan dua penumpang tersebut ekoran bimbang mengganggu siasatan.
"Saya tak akan dedah terlalu banyak tentang dua penumpang itu kerana ia mungkin akan mengganggu siasatan," katanya ketika ditanya maklumat lanjut mengenai dua penumpang misteri itu.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment