KUALA LUMPUR: Kapal Laut KM Amanah milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) belum lagi menemui sebarang objek berhampiran dengan lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.
Menurut satu jurucakap APMM berkata KM Amanah akan sampai pada lokasi tepat pada pukul 4.30 petang nanti.
"Kawasan mencari dan menyelamat terletak di koordinat 88 batu ke atas timur laut daripada Kota Bharu," kata sumber itu.
Tambah beliau, dua lagi kapal laut agensi tersebut juga menghampiri lokasi pesawat Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang pagi tadi.
Kapal KM Segantang akan sampai pada pukul 8 malam dan KM Langkawi pada pukul 10.30 malam, katanya.
Dua lagi kapal, iaitu KM Bagahak, dan KM Sebatik, dalam keadan siap sedia.
Sebuah helikopter turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.
Pesawat Boeing 777-200 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas berlepas.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment