Saturday, 8 March 2014

Angin kencang landa Malaysia timur

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sarawak (Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata angin kencang Timur Laut berkelajuan antara 40 sehingga 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada semua bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora yang sama juga melanda daerah Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Sementara itu, ketampakan rendah berterusan turut dilaporkan sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selat Melaka sehingga hari ini.

Keadaan ketampakan rendah kurang dari lima kilometer disebabkan jerebu ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai pemanduan arah pelayaran. - Bernama

No comments:

Post a Comment