Saturday, 8 March 2014

Liwat II: Mahkamah putus Anwar bersalah

Liwat II: Mahkamah putus Anwar bersalah
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, terhadap tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

Korum yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan pihak pendakwa raya dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment