Friday, 24 January 2014

RON95 hanya untuk golongan miskin tidak benar

RON95

SHAH ALAM - Susulan laporan yang disiarkan beberapa media mengenai penurunan harga petrol RON95 untuk golongan berpendapatan rendah, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin tampil menangkis dakwaan itu.

Khairy yang dipetik dari laman mikro Twitternya berkata, beliau telah menghubungi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan menteri itu menafikan perkara itu.

"Saya semak dengan Tengku Adnan, dia tak cakap RON95 akan dijual kepada orang miskin.

"Jangan 'spin' cerita tak betul," kata Khairy.

Awal pagi tadi, media melaporkan, Tengku Adnan telah mengumumkan satu mekanisme baru akan diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun ini bagi membolehkan bahan bakar RON95 hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja.

Dalam pada itu menurut laman mikro yang sama, Tengku Adnan turut meluahkan perasaan tidak senang dengan laporan media mengenai isu RON95 tersebut.

Katanya yang dipetik berkata, "...sedih dengan orang yang suka sensasikan cerita, suka fitnah, suka bawa cerita, suka mengata, mana sifat ketimuran kita, mana agama kita, sedih.

"Kenapa tak faham yang dicakap kita, kita cakap 'rationalisation fiscal' tentang subsidi untuk rakyat yang memerlukan bukan kaya," tulisnya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment