Friday, 24 January 2014

Belum ada keputusan hadkan penjualan petrol RON95 - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjual petrol RON95 kepada golongan yang layak sahaja.

"Belum ada apa-apa keputusan lagi," katanya ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini Jumaat.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Setiausaha agung UMNO itu yang turut berada dalam sidang media berkenaan berkata beliau telah membuat penjelasan mengenai perkara itu dan apa yang beliau katakan semalam tidak dilaporkan dengan betul.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

BERNAMA 

No comments:

Post a Comment