Monday, 13 January 2014

Paparan anggota mabuk ketika bertugas di Facebook, polis siasat dakwaan


Gambar anggota polis yang didakwa disebarkan di Facebook


KUALA LUMPUR: Pertukaran tempat penugasan serta-merta dan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap dua anggota polis dipercayai di bawah pengaruh alkohol ketika bertugas seperti yang disebarkan di laman Facebook.

Walaubagaimanapun, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan enggan memberi maklumat lanjut berkaitan kedua-dua anggota polis berkenaan dan ke mana mereka ditukar.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kesalahan yang dilakukan mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"Kita juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan," katanya dalam catatan di laman Facebook PDRM.

Menurut laporan Bernama, beliau juga meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika ada pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan atau tidak menunjukkan tahap integriti yang sepatutnya.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment