Monday, 13 January 2014

Anak jumpa ibu mati tergantung

Noor Mushar Muhammad
Noor Mushar Muhammad


SABAK BERNAM – Niat seorang anak lelaki berusia 17 tahun menziarahi ibunya bertukar tragedi memilukan apabila wanita itu ditemui mati tergantung di rumahnya di Kampung Nelayan Parit 10 Pasir Panjang, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian kira-kira jam 5 petang itu disedari anaknya yang tergerak hati untuk melawat ibunya yang berusia 35 tahun dan tinggal bersendirian.

Menurutnya, sebaik masuk ke dalam rumah itu, anaknya tergamam apabila mendapati ibunya yang dipercayai menghidap penyakit mental mati tergantung di atas tangga ruang tamu rumah berkenaan.

“Anak mangsa kemudiannya terus menurunkan mayat ibunya itu sebelum memberitahu orang kampung mengenai kejadian terbabit,” katanya.

Noor Mushar berkata, orang awam yang menerima maklumat itu kemudiannya menghubungi Balai Polis Sekinchan bagi tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan polis mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh tidak kurang 12 jam selepas dijumpai berdasarkan keadaan mayatnya yang masih baik dan tidak mereput.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam bagi tujuan bedah siasat.

Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment