Sunday, 15 September 2013

Wanita dituduh bunuh suami dengan minyak panas


YIT KWAI dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak semalam selepas dituduh membunuh suaminya.


Seorang wanita warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh suaminya dengan cara menyimbah minyak panas ke atas mangsa dalam satu pergaduhan di Kampung Baru Rimba Panjang di sini pada bulan lalu.

Dalam kejadian pada 20 Ogos lalu, tertuduh didakwa bertindak demikian selepas berang dengan sikap suaminya yang dikatakan mencuri wang berjumlah RM36 milik tertuduh.

Tertuduh Wong Lan @ Wong Yit Kwai, 65, dilihat tenang sambil matanya memandang ke lantai mahkamah ketika pertuduhan bunuh ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.


Sumber

No comments:

Post a Comment