MUADZAM SHAH - Tiga pelesit rempit yang berlumba dan mempamerkan aksi berbahaya maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah lori tangki minyak di Kilometer 120.5, Jalan Kuantan-Segamat di sini tengah malam tadi.
Mangsa, Mohamad Mubarak Mohamad Sabri,18, dan Mohd. Ilham Kusyairy Ahmad Roslan, 16, dari Felda Keratong 9, di sini, serta rakan mereka Mohd Hakim Ghazali, 17, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah.
Ketua Polis Daerah Rompin ketika dihubungi hari ini berkata, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 malam itu, tiga sahabat terbabit sedang berlumba dengan menunggang motosikal masing-masing secara berasingan dari arah Kuantan menghala ke Segamat.
Kata Johari, dalam pada itu, datang sebuah lori tangki minyak tanpa muatan dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kereta di hadapannya tanpa menyedari kehadiran ketiga-tiga mangsa sebelum terus merempuh mangsa.
Sumber: Kosmo!

No comments:
Post a Comment