Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tiba di Kuching petang ini dan akan menghadiri Acara Perarakan Kapal Berhias bersempena dengan Malam Gemilang 50 Tahun pada jam 8.50 malam di Tebingan Sungai Kuching.
Turut akan hadir sama adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa bersempena sambutan Perayaan Hari Malaysia ke-50 akan diadakan di Padang Merdeka, Kuching pada hari Isnin.
Ia juga akan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah turut akan hadir sama.
Video Khas “50 Tahun Jubli Emas Sarawak Harmoni Kemakmuran Dinikmati“ juga akan ditayangkan ketika upacara ini.
- ASTRO Awani
No comments:
Post a Comment