Sunday, 15 September 2013

Tarian tanduk 1,000 tahun



SEORANG pengunjung memegang tongkat yang disambungkan dengan tanduk rusa.
 


KEUNIKAN sambutan tarian tanduk yang berlangsung di Abbots Bromley, England pada 9 September lalu berjaya menarik kehadiran pelancong dari serata dunia.
Tarian tanduk yang menggunakan tanduk rusa itu diadakan secara berarak mengikut alunan muzik tradisional England. Tanduk-tanduk yang digunakan dipercayai berusia lebih 1,000 tahun.
Ia mula diperkenalkan di pesta Barthelmy kira-kira 787 tahun lalu dan dianggap sebagai tarian tradisional paling lama bertahan di negara tersebut.
Dahulu, sambutan tarian tanduk rusa diadakan selama tiga hari tetapi kini dipendekkan kepada sehari dan biasanya diadakan pada hari Isnin pertama selepas tarikh 4 September.


PERARAKAN tarian tanduk rusa melewati kawasan perkampungandi Abbots Bromley, England.

Kini, tarian tersebut diadakan serentak sempena cuti sambutan Wakes Monday yang disambut oleh rakyat England dan Scotland. Tarian tanduk berkenaan merupakan acara tahunan masyarakat di Abbots Bromley.
Selepas menghimpunkan tanduk yang diperlukan untuk pesta tersebut seawal pukul 8 pagi, penari-penari yang terdiri daripada enam orang lelaki, seorang pemuzik dan pemanah, akan berarak di sepanjang kampung dan ladang sejauh 16 kilometer.
Selain penari, para pengunjung turut berarak bagi meraikan perayaan tersebut sehingga pukul 8 malam.
Uniknya, tanduk yang berwarna putih dipanggil Putih manakala tanduk berwarna perang dipanggil Biru. Tanduk Putih terbesar akan dibawa oleh ketua pasukan tarian tersebut.


PEMUZIK memainkan melodi sepanjang perarakan tarian tanduk rusa berlangsung.
 


Berat purata bagi tanduk rusa yang digunakan pada perarakan tersebut adalah sekitar 7 hingga 11 kilogram.
Selepas penat seharian menari di sepanjang perarakan tersebut, tanduk-tanduk yang digunakan akan dipulangkan ke gereja.
Tarikan lain yang ditawarkan kepada pengunjung adalah gerai jualan barangan kraftangan dan pameran lukisan kesenian.


Sumber


No comments:

Post a Comment