Tuesday, 1 March 2016

Prestasi mendatar, Datuk Seri Vida mahu pemain Kelantan 'mandi bunga'

Datuk Seri Vida kecewa dengan kegagalan pasukan itu mengutip mata penuh ketika bertemu Sarawak di gelanggang sendiri, minggu lalu.

LIGA M baru sahaja memasuki perlawanan keempat, namun kemeriahan lebih dirasai tahun ini, dengan pelbagai cerita di dalam dan luar padang.

Antara pasukan yang menerima tempias populariti tahun ini tentu sekali pasukan Kelantan yang dijenamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), selepas menerima tajaan dari Vida Beauty.

Paling terbaru, kecoh apabila ramai yang memperkatakan tentang teknik rawatan 'mandi bunga' seperti yang diarahkan Pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Dr.Hasmizah Othman.

Dalam laporan akhbar Berita Harian semalam, Dr. Hasmizah atau Datuk Seri Vida, mahukan semua pemain menjalani rawatan spa untuk memastikan mereka cergas, tenang dan mampu berada dalam prestasi terbaik setiap kali turun menentang lawan.

Permintaan berbentuk arahan itu dibuat selepas beliau kecewa dengan kegagalan pasukan itu mengutip mata penuh ketika bertemu Sarawak di gelanggang sendiri, minggu lalu.

Pelbagai reaksi dilihat di laman sosial, dengan majoriti merasakan ia langkah yang baik kerana ia bolehlah dianggap seperti pencetus semangat buat pemain.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment