Menurut pandangan penganalisis, 40% pengguna iPhone mahukan peranti dengan skrin bersaiz 4″. Ini adalah kerana mereka merasakan keseluruhan skrin peranti lebih mudah diakses dengan hanya sebelah tangan apabila skrin sebesar ini digunakan.
Kali terakhir ia dikeluarkan oleh Apple ialah pada tahun 2013 dengan iPhone 5S. Ura-ura semakin kencang mengatakan pada bulan ini iPhone SE, iPhone dengan skrin 4″ akan dilancarkan oleh Apple. Beberapa spekulasi mengenai rekaannya mula tertiris.
Ada sumber mengatakan ia akan mengitar semula rekaan 5S dengan penambahan skrin 2.5D pada bahagian hadapan. Ini adalah bagi membolehkan kesemua kerangka dan aksesori 5S sedia ada digunakan semula oleh pemilik. Sumber lain pula mengatakan ia adalah sebuah iPhone 6 yang dikecilkan.
Akaun @onleaksyang kerap meniriskan rekaan peranti pula percaya iPhone SE akan mempunyai rekaan hibrid 6 dan 5S. Martin Hajek ialah seorang artis 3D dan beliau menghasilkan gambaran tiga dimensi rekaan iPhone SE berdasarkan tiga sumber ini. Sekiranya anda berminat dengan SE, rekaan manakah yang akan anda pilih?
- Sumber: Amanz
No comments:
Post a Comment