Sunday, 15 November 2015

Maxis anjur forum terbuka perjelas prestasi 4G


KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan komunikasi, Maxis Bhd (Maxis) akan menganjurkan forum terbuka bagi memperjelas secara teknikal mengenai 4G Maxis, pada 23 November ini.

Dalam satu kenyataan syarikat telekomunikasi itu berkata, ia dianjurkan bagi mendedahkan mengenai definisi 4G dan statistik prestasi sebenar 4G Maxis kepada pengguna.

Maxis menegaskan adalah penting bagi sebuah syarikat yang menyatakan mereka menyediakan perkhidmatan 'No 1 bagi 4G', perlu juga disokong dengan keputusan yang ketara, boleh diukur dan benar.

"Itulah sebabnya Maxis sudah membuat keputusan untuk mendedahkan definisi 4G dan statistik prestasi kami. 

"Liputan adalah penting tetapi begitu juga kualiti. Oleh itu, apabila Maxis mengemukakan liputan (terluas) kami, kami menggunakan syarat-syarat yang ketat untuk memastikan kekuatan isyarat," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Ketua Pegawai Teknologi Maxis, Morten Bangsgaard berkata, pengguna yang berada dalam rangkaian 4G Maxis boleh menikmati penstriman video tanpa penimbalan (buffer-free), pemuatan laman web lebih pantas, dan kelajuan tinggi yang konsisten di dalam dan di luar. 

"Kami sudah mentakrifkan dari segi teknikal apa yang Maxis sasarkan dari segi pengalaman 4G yang baik. 

"Kami berbuat demikian kerana rakyat Malaysia yang inginkan pengalaman Internet 4G yang terbaik perlu mempunyai asas yang adil untuk membuat pilihan," katanya.

Maxis juga menjemput ketua jurutera dari syarikat Celcom dan DiGi menyertai forum terbabit.

No comments:

Post a Comment