Blogger kontroversi, Alvin Tan yang kini menetap di Amerika Syarikat dikatakan telah mati akibat ditembak.
KUALA LUMPUR : Blogger kontroversi, Alvin Tan yang kini menetap di Amerika Syarikat dikatakan telah mati akibat ditembak.
Berita itu tersebar selepas beberapa laman blog menyiarkan gambar Alvin dengan kesan luka pada pipi sebelah kiri dipercayai akibat kesan daripada tembakan.
Bagaimanapun, Alvin mengesahkan dia masih hidup menerusi akaun Facebook barunya.
Baru sahaja sehari akaun Alvin ditutup oleh Facebook, kini blogger kontroversi itu kembali ke dunia Facebook dengan akaun yang baharu.
Difahamkan, akaun Alvin dipadam susulan tindakannya yang melampau baru-baru ini apabila beberapa helaian al-Quran digunakan sebagai tisu tandas sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Bernama melapor lima laporan polis telah dibuat terhadap Alvin selepas status berkenaan al-Quran dimuat naik.
- Sumber: Astro Awani | November 15, 2015
No comments:
Post a Comment