Sunday, 2 August 2015

Video Muhyiddin: 'Itu pandangan Ab Aziz Kaprawi, tidak wakili MT lain' - Hishammuddin

Kata Hishammuddin, apa sahaja tindakan yang perlu diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO perlulah melalui saluran yang betul.

BATU CAVES: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kenyataan yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi berhubung kemungkinan tindakan disiplin terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah hanya pandangan peribadi Ab Aziz.

Pada masa sama, Hishammuddin menegaskan, kenyataan Ab Aziz itu tidak menggambarkan pandangan semua ahli MT.

Kata Hishammuddin, apa sahaja tindakan yang perlu diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO perlulah melalui saluran yang betul.

"Itu pandangan peribadi dia (Kaprawi). Itu tidak menggambarkan pandangan saya dan ahli MT yang lain. Itu juga mungkin bukan pandangan Lembaga Disiplin.

"Kita ada saluran yang betul, kalau Lembaga Disiplin nak ambil tindakan sekalipun, mestilah kena melalui saluran yang betul," ujar Hishammuddin pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu di Kompleks Darul Kifayah di sini, Ahad.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment