Gadis yang mengaku namanya Mira.
KUALA LUMPUR - Selamatkan saya! Demikian laungan seorang individu yang ditahan polis semasa himpunan #TangkapNajib yang berlangsung di hadapan kompleks beli-belah Sogo, di sini, hari ini.
Individu terbabit yang mengaku bernama Mira, mengaku berasal dari Kuala Lumpur merayu meminta untuk diselamatkan ketika dibawa menaiki kenderaan polis.
"Selamatkan saya! Selamatkan Mira! Selamatkan saya!
"... kita ada hak bersuara. Kita ada hak dan kebebasan kita sendiri. Selamatkan Mira!," laungnya ketika berada dalam trak polis.
Mira dipercayai ditahan polis ketika cuba mencetuskan provokasi pada himpunan hari ini.
Terdahulu, polis memberi amaran tegas kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan #TangkapNajib bagi menggesa penangkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur dan orang awam yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment