Pihak berkuasa yang berkaitan hari ini menimbulkan keraguan samaada serpihan-serpihan baru yang ditemui di kawasan pantai Pulau Reunion, berdekatan dengan Madagascar, adalah berkaitan dengan pesawat MH370.
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa yang berkaitan hari ini menimbulkan keraguan sama ada serpihan-serpihan baru yang ditemui di kawasan pantai Pulau Reunion, berdekatan dengan Madagascar, ada berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu.
Menurut satu laporan AFP, satu sumber yang rapat dengan pasukan penyiasat di Paris berkata "tidak ada objek atau serpihan yang mungkin datang dari pesawat" yang telah disenaraikan sebagai bukti, pada Ahad.
Seorang jurugambar AFP pada awal pagi Ahad menyaksikan polis tempatan menemui sekeping logam yang remuk dan tertulis dengan dua perkataan berbahasa Cina, yang bersambung pada pemegang yang diperbuat daripada kulit.
Serpihan, berukuran kira-kira 100 sentimeter persegi itu, telah diletakkan di dalam satu peti besi.
Pada hari Ahad juga, seorang lelaki menyerahkan sekeping serpihan berukuran 70 sentimeter, kepada pihak polis dan menyangka ia mungkin sebahagian daripada pintu sebuah pesawat .
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss, berkata walaupun serpihan yang ditemui itu disahkan kepunyaan pesawat MH370, ia tidak mungkin menyelesaikan teka-teki yang berkaitan dengan misteri kehilangan pesawat bersama 239 penumpang dan anak kapalnya..
Katanya, misteri itu hanya akan terrungkai dengan penemuan kotak hitam pesawat itu.
Penduduk tempatan di pulau Reunion pula telah terus mencari di kawasan itu untuk serpihan-serpihan lain ekoran penemuan serpihan pesawat yang pertama pada Rabu lepas.
Pada Ahad, lebih kurang seminggu selepas penemuan sebuah flaperon, pintu sebuah pesawat pula dilaporkan ditemui terdampar di kawasan itu.
Objek itu bagaimanapun dijumpai di lokasi yang berbeza daripada penemuan flaperon itu, lapor Sky News.
Pelbagai spekulasi timbul yang mendakwa objek itu termasuk kemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang tanpa jejak pada 8 Mac tahun lalu.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment