Sunday, 17 May 2015

Wajarkah hukuman penggantungan pelajar selfie konvo UiTM


Wajarkah pelajar selfie sewaktu konvokesyen digantung?

KUALA LUMPUR: Pelajar yang mengambil gambar selfie di atas pentas sewaktu majlis konvokesyen UiTM, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, dikenakan tindakan digantung pengajian sebagai hukuman atas tindakannya itu.

Memetik laporan Harian Metro, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan Diploma Fotografi berkenaan digantung untuk tempoh antara setahun hingga dua tahun selepas tindakan itu dikatakan memalukan UiTM.

“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas. Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” jelas beliau.

Di media sosial, ramai yang merasakan tindakan penggantungan itu terlalu melampau.

Ramai yang mengatakan sangat tidak logik apabila kesalahan melanggar protokol konvokesyen diberi hukuman sebegitu serius. Malah ada yang membandingkan dengan peluang kedua yang diberi kepada pelajar pedofilia.

Pengguna Twitter, Adam Afifi merasakan Hasrul sepatutnya hanya diberi amaran lisan.

Ada juga yang membandingkan kesalahan Hasrul dengan kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan manusia, yang dianggap lebih serius.

Hadi Nasution berpendapat selfie bukanlah sesuatu yang memalukan.

Ada juga yang agak sinis dalam memberikan pandangan. Ada juga yang beranggapan hukuman ini diberi demi memberi pengajaran kepada pelajar lain.

Arif Taidin pula berpendapat isu selfie ini sedikit sebanyak menyedarkan umum tentang apa itu protokol.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment